0

HARAPAN TERAKHIR

Posted by Amir Harithah Bin Azhar on 2:22 AM
Sama sekali aku tidak mengenali sikapmu,
Terdetik memikirkan akan bahagia kelak,
Semakin menundukkan,
Semakin sukar tercapai,
Menyedari perlu membebaskan dirimu pergi,

Biarkan ia melewati,
Ini cuma sekadar renjisan,
Akan terus ku melirik langkah,
Disaat tiada yang melihat,
Hamburan ini terus berkilauan,

Hampir separuh usia berimpian,
Setiap waktu duduk menanti,
Terjaga melihat lumrah kehidupan,
Tiada suatu pun yang bercambah,
Sandiwara manusia serampang dua mata,

Rintisan air mata di lukaku,
Membasahi perasaan hampa,
Sia-sia sahaja keteguhan ini,
Semangat umpama jasad tiada luput,
Sudah tinggal nadi sahaja..


Pautan pada catatan ini |

Copyright © 2009 PeNa SeDInGiN SaLJu All rights reserved. Theme by Laptop Geek. | Bloggerized by FalconHive.